|
Petaling Jaya, Rabu :- Pelanggan lebuh raya PLUS berpeluang untuk mendapatkan tiket Grandstand F1 secara percuma bagi menyaksikan perlumbaan F1 hujung minggu ini apabila mendaftar sebagai ahli kad loyalti PLUS iaitu PLUSMiles pada 4 dan 5 April akan datang.
Untuk mendapatkan tiket-tiket tersebut, pengguna perlu mendaftar sebagai ahli PLUSMiles di tapak promosi PLUSMiles yang dibuka di Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil Arah Selatan di lebuh raya ELITE (Arah ke KLIA) di antara jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang pada 4 dan 5 April ini. Namun begitu, hanya 30 pelanggan pertama yang mendaftar sebagai ahli PLUSMiles pada pameran tersebut layak untuk menerima sekeping tiket grandstand setiap seorang.
Sementara itu, PLUS juga telah mengenal pasti 30 lagi pemegang kad PLUSMiles yang sedia ada layak untuk menerima tiket grandstand perlumbaan F1 hujung minggu ini. Pemilihan tersebut berdasarkan kepada jumlah penggunaan transaksi yang paling banyak di Lebuhraya PLUS Expressways sebelum ini.
Menurut Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS Expressways Khalilah Dato’ Mohd Talha, ”Ini merupakan salah satu daripada ganjaran yang diterima oleh pemegang-pemegang kad PLUSMiles dari masa ke masa. Selain itu, ia juga sebahagian daripada langkah Syarikat ini memberi penghargaan kepada orang ramai atas sokongan terhadap perkhidmatan lebuh raya PLUS.”
Pada promosi PLUSMiles tersebut, pelanggan lebuh raya juga berpeluang membeli atau menambah nilai kad Touch ‘n Go, memeriksa kenderaan secara percuma atau berpeluang membeli Cruise GPS System dengan harga promosi daripada rakan PLUSMiles iaitu Touch ‘n Go Sdn Bhd, Automobile Association of Malaysia (AAM) dan Cruise GPS Systems Sdn Bhd.
|