PLUSMiles F.A.Q.

F.A.Q.

 
 General FAQ | Pertanyaan Lazim
 Portal | Laman Portal
 Online Registration | Pendaftaran atas Talian
 E-Statement | e-Penyata
 Benefits and Rewards | Keistimewaan dan Ganjaran
 Festive Rebate | Rebat Musim Perayaan
 Redemptions | Penebusan
 PLUSMiles Zing Auto Reload Card (BSN & MAYBANK) | Kad PLUSMiles Zing Tambah Nilai Automatik
 AAM Support Services | Bantuan AAM
 PLUSMiles Petron Miles Points Conversion | Penukaran Mata Ganjaran PLUSMiles Petron Miles
 Reload Facility | Kemudahan Tambah Nilai
 Transfer Balance | Pemindahan Baki
 Maximum Charged | Caj Maksimum
 Lost Card | Kehilangan kad
 Faulty Card | Kad bermasalah
 Damaged Card | Kerosakan kad
 Dormant Card | Kad Tidak Aktif
 Card Termination | Penamatan Kad
 List of PLUS Customer Service Centre | Senarai Pusat Khidmat Pelanggan PLUS

    General FAQ | Pertanyaan Lazim


  1. What is PLUSMiles Program?
    PLUSMiles program is a customer loyalty programme developed by Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Berhad) to reward our highway user who use PLUSMiles Touch ‘n Go card for toll payment.
    Apakah yang dimaksudkan dengan program PLUSMiles?
    Program PLUSMiles ialah satu program kesetiaan pelanggan yang direka khusus oleh Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Berhad) untuk menghargai pengguna lebuhraya yang menggunakan kad PLUSMiles Touch ‘n Go untuk pembayaran tol.


  2. What are the basic requirements to become a member?
    Basic requirements to become member are:
    a) All 18 years old and above customers who reside in Malaysia, Singapore & Thailand
    b) Registration is compulsory
    c) All vehicle classes. However, entitlement for 5% PLUSMiles Toll Rebate and Points Rewards are only applicable to Private Vehicle Class 1 only.

    Apakah syarat-syarat untuk menjadi ahli?
    Syarat-syarat untuk menjadi ahli ialah;
    a) Semua pelanggan berusia 18 tahun dan ke atas yang bermastautin di Malaysia, Singapura & Thailand
    b) Pendaftaran adalah wajib
    c) Semua Kelas Kenderaan. Walaubagaimanapun, hanya kenderaan Persendirian Kelas 1 sahaja yang layak menikmati Rebat Tol PLUSMiles dan Mata Ganjaran.


  3. How much is the PLUSMiles Touch ‘n Go card price?
    PLUSMiles Touch ‘n Go card price is RM10.

    Berapakah harga kad PLUSMiles Touch ‘n Go?
    Harga kad PLUSMiles Touch ‘n Go ialah RM10.


  4. What is the difference between normal Touch ‘n Go card and PLUSMiles Touch'n Go card?
    Apakah perbezaan di antara kad Touch ‘n Go biasa dan kad PLUSMiles Touch ‘n Go?

     

    PLUSMiles Touch ‘n Go card | Kad PLUSMiles Touch ‘n Go

    Normal Touch ‘n Go card | Kad Touch ‘n Go biasa

    Toll Payment Convenience | Kemudahan Pembayaran Tol
    P
    P
    5% Toll Rebate | Rebat Tol 5%
    P
    O
    Points Rewards | Mata Ganjaran
    P
    O
    Merchant Discount & Privileges | Diskaun & Keistimewaan Rakan Niaga
    P
    O
    20% Toll Rebate | Rebat Tol 20%
    P
    P

  5. Where can I purchase the PLUSMiles Touch ‘n Go card?
    You can purchase the PLUSMiles Touch ‘n Go card at any PLUS Customer Service Centre along PLUS highway, at selected Esso and Mobil stations and selected retail outlets.

    Di manakah saya boleh membeli kad PLUSMiles Touch ‘n Go?
    Pembelian kad PLUSMiles Touch ‘n Go boleh dibuat di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS di sepanjang lebuhraya PLUS, di stesen minyak Esso dan Mobil terpilih dan di kedai-kedai terpilih.


  6. Can I buy more than one (1) PLUSMiles Touch ‘n Go card?
    Yes. You may purchase up to four (4) PLUSMiles Touch ‘n Go card only.

    Bolehkah saya membeli lebih dari satu (1) kad PLUSMiles Touch ‘n Go?
    Ya. Maksimum kad yang boleh dibeli ialah empat (4) kad PLUSMiles Touch ‘n Go sahaja.


  7. Can I buy the PLUSMiles Touch ‘n Go card under my company name?
    No. All PLUSMiles Touch ‘n Go card must be registered under individual name.

    Bolehkah saya membeli kad PLUSMiles Touch ‘n Go untuk syarikat saya?
    Tidak. Semua kad PLUSMiles Touch ‘n Go mesti didaftarkan di bawah nama individu.


  8. Is there a warranty period for PLUSMiles Touch ‘n Go card?
    Yes. All new PLUSMiles Touch ‘n Go cards come with a one-year warranty period. If the card becomes faulty during this period, member will get a card replacement free-of-charge.

    Adakah kad PLUSMiles Touch ‘n Go mempunyai tempoh jaminan?
    Ya. Semua kad PLUSMiles Touch ‘n Go yang baru mempunyai tempoh jaminan selama setahun. Jika kad tersebut rosak dalam tempoh jaminan, ahli boleh mendapatkan kad gantian secara percuma.


  9. How does PLUSMiles Touch ‘n Go card work?
    It is based on Touch ‘n Go usage, through a special designed card, member can enjoy 5% Toll Rebates, Points Rewards, discount and privileges. Terms and Conditions apply.

    Bagaimanakah Program PLUSMiles Touch ‘n Go ini dijalankan?
    Program PLUSMiles ini dijalankan berdasarkan penggunaan kad Touch ‘n Go rekabentuk khas di mana ahli-ahlinya berpeluang mendapatkan 5% Rebat Tol, Mata Ganjaran dan diskaun istimewa dari rakan niaga PLUSMiles. Tertakluk kepada Terma dan Syarat.


  10. I already have a Touch ‘n Go card, can i enjoy the 5% rebates, points rewards and discount privileges as offered by PLUSMiles Touch ‘n Go card?
    No. Only PLUSMiles card holder entitled to enjoy 5% PLUSMiles Toll Rebate, Points Rewards and discount privileges from PLUSMiles participating merchants.

    Saya telah mempunyai kad Touch ‘n Go, bolehkah saya menikmati 5% Rebat Tol, Mata Ganjaran dan diskaun istimewa yang ditawarkan oleh kad PLUSMiles Touch ‘n Go ?
    Tidak. Hanya pemegang kad PLUSMiles Touch ‘n Go sahaja yang boleh menikmati 5% Rebat Tol, Mata Ganjaran dan diskaun istimewa yang ditawarkanoleh kad PLUSMiles.


  11. What are the benefits of using PLUSMiles Touch ‘n Go card?
    There are 3 main benefits when using PLUSMiles Touch ‘n Go card;
    a) 5% Toll Rebate
    b) Points Rewards
    c) Discount & Privileges

    Apakah ganjaran atau kelebihan menggunakan kad PLUSMiles Touch ‘n Go?
    a) 5% Rebat Tol
    b) Mata Ganjaran
    c) Diskaun & Tawaran Istimewa

  12. Do I have to register my PLUSMiles Touch ‘n Go card?
    Yes. you have to register the PLUSMiles Touch ‘n Go card at PLUSMiles portal at www.plusmiles.com.my in order to enjoy all benefits and rewards offered by PLUSMiles Program.

    Adakah saya perlu mendaftar kad PLUSMiles Touch ‘n Go?
    Ya. Anda perlu mendaftar kad PLUSMiles Touch ‘n Go di laman sesawang PLUSMiles di www.plusmiles.com.my untuk membolehkah anda menikmati segala kemudahan dan keistimewaan melalui Program PLUSMiles.


  13. Where can I use my PLUSMiles Touch ‘n Go card?
    PLUSMiles Touch 'n Go card can be used at all highways and other service providers like a normal Touch ‘n Go card. However, toll rebate and points entitlement will only be calculated for toll transactions at PLUS, ELITE, BKE and LINKEDUA highway*.
    *Excluding Bukit Kayu Hitam Toll Plaza, Bangunan Sultan Iskandar Toll Plaza, Tanjung Kupang Toll Plaza and Penang Bridge.

    Di manakah saya boleh menggunakan kad PLUSMiles Touch ‘n Go?
    Kad PLUSMiles Touch 'n Go boleh digunakan di semua lebuhraya dan tempat-tempat lain yang menerima pembayaran Touch ‘n Go. Walaubagaimanapun, pengiraan rebat tol dan mata ganjaran hanya akan dikira berdasarkan penggunaan tol di lebuhraya* PLUS, ELITE, BKE dan LINKEDUA.
    *Tidak termasuk di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Plaza Tol Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.


  14. What should I do if I have insufficient balance in my PLUSMiles Touch ‘n Go card?
    a. Enter the cash lanes
    b. Touch the PLUSMiles card at the reader
    c. You may pay remaining toll charges with cash.

    Apakah yang saya perlu lakukan jika baki kad PLUSMiles tidak mencukupi untuk membayar tol?
    a. Masuk ke laluan tunai.
    b. Sentuh kad PLUSMiles pada pembaca kad Touch ‘n Go
    c. Bayar kadar tol selebihnya dengan wang tunai

  15. When I'm using the PLUSMiles Touch ‘n Go card at the Touch 'n Go lanes and SmartTAG lanes, the screen shows 'Kad Tidak Sah'. Why is this happening and what should I do?
    This might be caused by several reasons;
    a. The parameter at the lanes did not recognize the serial number of the card
    b. System malfunction
    c. Card being blacklisted
    You may contact Touch ‘n Go Sdn Bhd at 03-2714 8888 for clarification and further assistance.

    Apabila saya menggunakan kad PLUSMiles Touch ‘n Go di laluan Touch ‘n Go dan laluan SmartTAG, skrin memaparkan mesej 'Kad Tidak Sah'. Mengapakah ini berlaku dan apa yang perlu saya lakukan?
    Ini mungkin disebabkan oleh:
    a. Kegagalan paramater mengesan nombor siri kad
    b. Kegagalan sistem
    c. Kad telah di disenarai hitamkan
    Anda boleh menghubungi Touch ‘n Go Sdn Bhd di 03-2714 8888 untuk penjelasan dan bantuan selanjutnya.


  16. I have bought my PLUSMiles in 2009. Is there any expiry date for my cards?
    Touch ‘n Go card will expire in 10 years or after 64,000 transactions made.You need to renew the Touch ‘n Go card by purchasing a new card at RM10 and it will last for 10 years as well. Renewal can be done at any Touch ‘n Go service hub or at the PLUS customer service centers along the highways.You may check when your Touch ‘n Go card expiry date at Touch ‘n Go web site or call Touch ‘n Go Careline Centre at 03-2714 8888 .

    Saya telah membeli kad PLUSMiles pada tahun 2009. Bilakah kad saya akan tamat tempoh?
    Tempoh sah bagi penggunaan kad Touch ‘n Go adalah selama 10 tahun. Selepas 10 tahun atau selepas melakukan 64,000 transaksi, anda perlu mendapatkan kad yang baru pada harga RM10 yang juga akan bertahan selama 10 tahun. Kad yang baru boleh dibeli di mana-mana Touch ‘n Go Hub atau di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS sepanjang Lebuhraya PLUS.Anda juga boleh memeriksa kad tersebut di laman web Touch ‘n Go atau hubungi Touch’n Go Cereline di 03-2714 8888




  17. Portal | Laman Portal


  18. What is PLUSMiles Portal?
    PLUSMiles portal is where members can access PLUSMiles Touch ‘n Go account information, checking toll rebate entitlement, points rewards, discount privileges and view toll transactions.

    Apakah laman portal PLUSMiles?
    Laman portal PLUSMiles ialah satu satu portal yang membolehkan ahli melihat maklumat akaun PLUSMiles Touch ‘n Go, menyemak rebat tol, mata ganjaran, diskaun istimewa dan melihat transaksi tol.


  19. How do I access the PLUSMiles Portal?
    To access the PLUSMiles Portal, click on the PLUSMiles login button on the the top right corner of the home page at www.plusmiles.com.my

    Bagaimanakah boleh saya mengakses laman portal PLUSMiles?
    Untuk mengakses laman portal PLUSMiles, klik butang PLUSMiles 'Login' di www.plusmiles.com.my


  20. Where can I get my Login ID for PLUSMiles portal?
    You will get your Login ID when you first register for PLUSMiles Serial / Mfg Card Number .

    Di manakah saya boleh mendapatkan Login ID untuk laman portal PLUSMiles?
    Anda akan mendapatkan ID pengguna anda apabila mendaftar kad PLUSMiles di laman portal PLUSMiles atau semasa pendaftaran di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS.


  21. I forgot my Login ID and Password for PLUSMiles Portal. What do I do?
    Go to the PLUSMiles Portal login page, click the Forgot Password link and provide the following;
    1. Login ID
    2. Email
    Click Send button to retrieve your password. Your temporary password will be sent to your email.
    If this doesn't work, please call PLUSLine at 1 800 88 0000 or visit any PLUS Customer Service Centre.

    Saya terlupa ID pengguna dan kata laluan. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan ID pengguna dan kata laluan?
    Pergi ke laman sesawang PLUSMiles, klik pada 'Forgot Password' dan berikan;
    1. ID Pengguna
    2. Email
    Klik 'Send' untuk mendapatkan semula kata laluan. Kata laluan sementara akan dihantar ke alamat email anda.
    Jika tidak berhasil, sila hubungi PLUSLine di 1 800 88 0000 atau kunjungi Pusat Khidmat Pelanggan PLUS.




  22. Online Registration | Pendaftaran Atas Talian


  23. How do I perform online registration?
    Please visit www.plusmiles.com.my and click 'Online Registration' at the PLUSMiles homepage. Complete the registration process and you may start viewing your profile.

    Bagaimanakah saya membuat pendaftaran kad atas talian?
    Sila layari www.plusmiles.com.my dan klik 'Online Registration' di laman utama PLUSMiles. Lengkapkan proses pendaftaran dan anda boleh mula menyemak akaun PLUSMiles anda.


  24. Why do I need to register my PLUSMiles Touch ‘n Go Serial / Mfg Card Number in the PLUSMiles portal?
    You need to register your PLUSMiles Touch ‘n Go Serial / Mfg Card Number in the PLUSMiles portal for:
    a. To start enjoying PLUSMiles privileges such as 5% PLUSMiles Toll Rebate, Points Rewards and Discount Privileges
    b. Refund claims when the card is lost or stolen
    c. Free e-statement for user to track transaction record

    Mengapakah saya perlu mendaftar Nombor Siri/ Nombor MFG di dalam laman sesawang PLUSMiles?
    Anda perlu mendaftar Nombor Siri/ Nombor MFG kad PLUSMiles anda:
    a. Untuk menikmati keistimewaan kad PLUSMiles seperti Rebat Tol 5%, Mata Ganjaran dan Diskaun Istimewa.
    b. Proses pembayaran balik apabila kad hilang atau dicuri
    c. Transaksi perjalanan percuma.


  25. I have 2 PLUSMiles Touch ‘n Go cards. Can i register both cards at PLUSMiles portal?
    Yes. You can register all PLUSMiles cards in the PLUSMiles portal by login to PLUSMiles portal.

    Saya mempunyai 2 kad PLUSMiles Touch ‘n Go. Bolehkah saya mendaftar kedua-dua kad di laman sesawang PLUSMiles?
    Ya. Anda boleh mendaftar kesemua kad PLUSMiles anda di laman sesawang PLUSMiles.


  26. I bought my PLUSMiles Touch ‘n Go card at PLUS Customer Service Centre. I have been asked to fill in the registration forms upon registration. Do I still need to register my PLUSMiles Touch ‘n Go Serial / Mfg Card Number online?
    No because our Customer Service Assistant will register your profile based on the application form into our database. However, please ensure that our Customer Service Assistant provide you with Login ID (based on your valid email address) and Password to enable you to check your account in the future.

    Saya telah membeli kad PLUSMiles Touch ‘n Go di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS dan telah diminta mengisi borang pendaftaran kad PLUSMiles. Adakah saya masih perlu mendaftar Nombor Siri/ Nombor MFG PLUSMiles Touch ‘n Go di laman sesawang PLUSMiles?
    Tidak kerana Pembantu Khidmat Pelanggan kami akan mendaftarkan maklumat anda berdasarkan borang permohonan yang telah lengkap diisi ke dalam pangkalan data kami. Walaubagaimanapun, sila pastikan anda telah diberi ID Pengguna (berdasarkan alamat email yang sah) dan Kata Laluan untuk membolehkan anda mengakses laman sesawang PLUSMiles.


  27. I bought my PLUSMiles Touch ‘n Go card on 2nd October 2011 and sucessfully registered the PLUSMiles Touch ‘n Go card on 9th December 2011. Will the system still calculate my rebate and points for October and November?
    PLUSMiles monthly processing will start on 5th of every month. If you have registered the PLUSMiles Touch ‘n Go card before 5th December 2011, your rebate and points will be calculated after your successful registration and you may view the rebate, points and e-statement for October and November by 15th December 2011. However, if you register the PLUSMiles Touch ‘n Go card after 5th December 2011, your entitlement will be calculated on January and available online on 15 January 2012.

    Saya telah membeli kad PLUSMiles Touch ‘n Go pada 2 Oktober 2011 dan telah mendaftar kad di laman sesawang pada 9 Disember 2011. Adakah sistem akan mengira rebat tol dan mata ganjaran pada bulan Oktober dan November?
    Tarikh pengiraan rebat PLUSMiles Touch ‘n Go bermula pada setiap 5hb setiap bulan. Jika anda telah mendaftar kad PLUSMiles Touch ‘n Go sebelum 5 Disember 2011, rebat tol dan mata ganjaran anda akan dikira pada bulan Disember. Namun, jika pendaftaran dilakukan selepas 5hb Disember 2011, pengiraan hanya akan dilakukan pada bulan Januari dan anda boleh menyemak rebat tol, mata ganjaran dan penyata bulanan pada 15 Januari 2012.




  28. E-Statement | e-Penyata


  29. What is e-statement?
    E-statement is a value added service to enable customers to monitor card usage at PLUS highways on-line via PLUSMiles website at www.plusmiles.com.my

    Apakah e-penyata?
    E-penyata merupakan servis tambahan untuk ahli menyemak penggunaan transaksi kad di lebuhraya PLUS di atas talian di laman portal PLUSMiles di www.plusmiles.com.my


  30. How do I get the e-statement?
    If you are a registered PLUSMiles Touch ‘n Go members, you can automatically get the e-statement via www.plusmiles.com.my every 15th of the following transaction month.

    Bagaimanakah boleh saya mendapatkan e-penyata?
    Jika anda sudah mendaftarkan kad PLUSMiles Touch ‘n Go, anda boleh mendapatakn penyata bulanan di www.plusmiles.com.my pada setiap 15hb pada transaksi bulan berikutnya.


  31. I have also used my PLUSMiles Touch ‘n Go card at other highway, why is the PLUSMiles e-statement did not record the transactions?
    PLUSMiles e-statement only covers transactions at PLUS Highway only.

    Saya telah menggunakan kad PLUSMiles Touch ‘n Go saya di lebuhraya lain, mengapakah transaksi tersebut tidak direkod di dalam e-penyata PLUSMiles?
    e-penyata PLUSMiles hanya merekodkan transaksi tol di lebuhraya PLUS.


  32. I need full and detailed e-statement for all highway toll transactions. How can I get detailed e-statement?
    a) You may subscribe for Touch ‘n Go e-statement at www.touchngo.com.my
    b) Wait for account activation (usually takes around 48 hours)
    c) Log into your e-statement account with your user name and password to start viewing your transaction record.

    Saya memerlukan keseluruhan transaksi tol di semua lebuhraya. Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?
    a) Anda boleh mendaftar untuk e-penyata Touch ‘n Go jika anda memerlukan keseluruhan transaksi kad anda di www.touchngo.com.my
    b) Tunggu akaun diaktifkan (mengambil masa 48 jam)
    c) Gunakan id pengguna dan kata laluan untuk melihat e-penyata.


  33. In the e-statement, there are 2 different items that is Transaction Date and Settlement Date. What is the difference between the two?
    Transaction date is the actual date when the transaction occured at lane. Settlement date is the date Touch ‘n Go pay the money to highway provider. Entitlement for rebate and points is based on Settlement Date.

    Apakah yang dimaksudkan dengan 'Settlement Date' dan 'Transaction Date' di dalam e-penyata?
    'Transaction Date' merupakan tarikh sebenar transaksi berlaku di lorong tol. 'Settlement Date' merupakan tarikh di mana Touch ‘n Go Sdn Bhd membuat pembayaran kepada syarikat lebuhraya. Pengiraan rebat dan mata ganjaran berpandukan tarikh 'Settlement Date'.


  34. How much do I have to pay for the e-statement?
    E-statement service is free.

    Berapakah bayaran untuk e-penyata?
    Tiada bayaran akan dikenakan untuk e-penyata.




  35. Benefits and Rewards | Keistimewaan dan Ganjaran


  36. How do I get the 5% Toll Rebate?
    You are entitled for the 5% Toll Rebate when your toll usage exceeds RM100 monthly at PLUS* highways.
    *Excluding Bukit Kayu Hitam Toll Plaza, Bangunan Sultan Iskandar Toll Plaza, Tanjung Kupang Toll Plaza and Penang Bridge.

    Bagaimanakah saya boleh mendapatkan 5% Rebat Tol?
    Anda layak untuk mendapatkan 5% Rebat Tol apabila penggunaan tol bulanan anda melebihi RM100 sebulan di lebuhraya PLUS*.
    *Tidak termasuk di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Plaza Tol Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.


  37. How does the rebate is calculated?
    Toll rebate is calculated based on toll usage at PLUS* highways. If the monthly usage exceeds RM100.00, the customer is entitled for 5% toll rebate in the following month. The toll rebate will only be calculated based on the toll usage settled between Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB) and the service provider. Some transactions may not be taken into toll rebate calculation for that particular month until settlement is done by TNGSB. However, uncalculated toll usage will be carried forward to the subsequent month for toll rebate calculation. (if applicable)
    *Excluding Bukit Kayu Hitam Toll Plaza, Bangunan Sultan Iskandar Toll Plaza, Tanjung Kupang Toll Plaza and Penang Bridge.

    Bagaimanakah rebat tol dikira?
    Rebat tol dikira berdasarkan penggunaan tol di lebuhraya PLUS*. Jika penggunaan bulanan melebihi RM100.00, pelanggan layak untuk rebat tol 5% pada bulan berikutnya. Rebat tol akan dikira berdasarkan penggunaan tol yang dijelaskan oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB) dengan syarikat pembekal perkhidmatan. Sesetengah transaksi mungkin tidak akan diambil kira di dalam pengiraan rebat tol untuk bulan tertentu sehinggalah semua pembayaran dijelaskan oleh TNGSB. Bagaimanapun, penggunaan tol yang tidak dikira akan dibawa ke bulan berikutnya untuk pengiraan rebat tol. (jika berkenaan)
    *Tidak termasuk di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Plaza Tol Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.


  38. Why does the rebate calculation does not count Bukit Kayu Hitam Toll Plaza, Bangunan Sultan Iskandar Toll Plaza and Tanjung Kupang Toll Plaza?
    The rebate calculation does not count Bukit Kayu Hitam Toll Plaza, Bangunan Sultan Iskandar Toll Plaza and Tanjung Kupang Toll Plaza as these plazas are located at Malaysia's border.

    Mengapakah pengiraan rebat dikecualikan di Plaza Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang?
    Pengiraan rebat dikecualikan di Plaza Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang kerana plaza-plaza ini terletak di sempadan Malaysia.


  39. Beside 5% Toll Rebate and Points Rewards, what are other benefits and privileges that member can enjoy?
    You can enjoy special discounts and offers from selected PLUSMiles participating merchants. Current offers can be viewed at www.plusmiles.com.my

    Selain daripada 5% Rebat Tol dan Mata Ganjaran, apakah keistimewaan lain yang boleh dinikmati oleh ahli?
    Anda boleh menikmati diskaun dan tawaran istimewa daripada rakan niaga PLUSMiles terpilih yang mengambil bahagian dalam program PLUSMiles. Promosi terkini boleh didapati di www.plusmiles.com.my


  40. If I use PLUSMiles Touch ‘n Go card, do I also entitle for the 20% Government Frequent Travellers Programme Rebate?
    Yes. You are also entitled for the 20% Government Frequent Travellers Programme Rebate if you are using your PLUSMiles Touch ‘n Go card for a minimum of 80 transactions on all tolled highways within a month starting from September 2009. You may call Touch ‘n Go Careline at 03-2714 8888 for further information on 20% Toll Rebate.

    Jika saya menggunakan kad PLUSMiles Touch ‘n Go, adakah saya juga layak untuk menikmati Rebat Tol 20%?
    Ya. Anda layak untuk menikmati Rebat Tol 20% jika anda menggunakan kad PLUSMiles Touch ‘n Go sebanyak 80 kali minimum sebulan di semua lebuhraya bertol bermula September 2009. Anda boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Touch ‘n Go di 03-2714 8888 untuk pertanyaan lanjut mengenai Program Pengguna Kerap 20%.




  41. Festive Rebate | Rebat Musim Perayaan


  42. Who is entitle for the Festive Toll Rebate?
    ALL class 1 Electronic Toll Collection users (Touch ‘n Go and SmartTAG) including PLUSMiles Touch ‘n Go and Zing card for usage at PLUS* highways.
    *Excluding Bukit Kayu Hitam Toll Plaza, Bangunan Sultan Iskandar Toll Plaza, Tanjung Kupang Toll Plaza and Penang Bridge.

    Siapakah yang layak mendapatkan Rebat Tol Musim Perayaan?
    Semua kenderaan Kelas 1 yang menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG termasuklah pengguna kad PLUSMiles Touch ‘n Go dan pengguna kad Zing di lebuhraya PLUS*
    *Tidak termasuk di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Plaza Tol Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.


  43. When do I have to travel or use my PLUSMiles Touch ‘n Go card in order to get the rebate?
    The rebate will be given on selected dates only. PLUS will announce the selected dates to the public prior to any festival through newspapers, website etc.

    Bilakah saya harus mulakan perjalanan atau menggunakan kad PLUSMiles Touch ‘n Go untuk mendapatkan rebat musim perayaan?
    Rebat musim perayaan hanya akan diberikan pada tarikh-tarikh yang terpilih. PLUS akan mengumumkan kepada pengguna mengenai tarikh-tarikh pemberian rebat tersebut melalui surat khabar, laman portal dan sebagainya.


  44. Am I still entitled for the monthly 5% PLUSMiles Toll Rebate and Points Reward if I travelled on the selected festive rebate date ?
    No. The transactions made on selected date where the festive rebate is given will be excluded from normal PLUSMiles 5% Toll Rebate and Points Reward.

    Adakah saya masih boleh mendapatkan Rebat Tol 5% dan Mata Ganjaran jika saya melakukan perjalanan pada tarikh-tarikh yang diberikan rebat musim perayaan?
    Tidak. Transaksi yang dilakukan pada tarikh-tarikh yang diberikan rebat musim perayaan tidak akan dikira untuk pengiraan rebat tol PLUSMiles atau Mata Ganjaran PLUSMiles.


  45. Is there any specific time that I have to travel or use my PLUSMiles Touch ‘n Go card in order to get the festive rebate?
    You may travel at any time on the selected date.

    Adakah saya perlu melakukan perjalanan pada masa yang tertentu untuk mendapatkan rebat musim perayaan?
    Anda boleh melakukan perjalanan pada bila-bila masa pada hari tarikh-tarikh yang dipilih.


  46. How do I check if I am entitled for the rebate?
    You can call Touch ‘n Go Careline at 03-27148888 or bring your PLUSMiles Touch ‘n Go card to any of Customer Service Centres at PLUS, ELITE, LINKEDUA, BKE or TNGSB Hubs for checking and redemption.

    Bagaimanakah saya boleh menyemak rebat musim perayaan?
    Anda boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Touch ‘n Go di 03-2714 8888 atau bawa kad Touch ‘n Go anda ke mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan PLUS untuk semakan dan penebusan.


  47. Where can I redeem the festive rebate?
    You can redeem it at all Customer Service Centres at PLUS Customer Service Centre and at TNGSB Hubs.

    Di manakah saya boleh menebus rebat musim perayaan?
    Anda boleh menebus rebat musim perayaan di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan PLUS dan di hub Touch ‘n Go.


  48. How long is the validity period for the festive rebate?
    The validity as per our announcement.

    Berapa lamakah tempoh sah rebat musim perayaan?
    Tempoh sah tertakluk kepada pengumuman yang dibuat oleh pihak PLUS.




  49. Redemptions | Penebusan


  50. I have RM18.50 from my PLUSMiles 5% Toll Rebate. Can I redeem all?
    The rebate denomination is ranging from RM10, RM20, RM30, RM40, RM50, RM60, RM70, RM80, RM90, RM100, RM110 etc.
    For example, if you have total of RM18.50, you can only redeem RM10. The balance of RM8.50 will be accumulated into the system. You may redeem it again when the accumulated amount reach minimum of RM10.

    Saya mempunyai rebat tol PLUSMiles sebanyak RM18.50. Bolehkah saya menebus kesemuanya?
    Tidak. Penebusan rebat bermula dari jumlah RM10, RM20, RM30, RM40, RM50, RM60, RM70, RM80, RM90, RM100, RM110.
    Sebagai contoh, jika anda mempunyai rebat tol PLUSMiles berjumlah RM18.50, anda hanya boleh menebus sebanyak RM10. Baki berjumlah RM8.50 akan dikumpulkan didalam sistem. Anda boleh menebusnya apabila jumlah terkumpul berjumlah minimum RM10.


  51. Where can I redeem my 5% PLUSMiles Toll Rebate?
    You can redeem 5% PLUSMiles Toll Rebate at any PLUS Customer Service Centre.

    Di manakah saya boleh menebus Rebat Tol PLUSMiles?
    Anda boleh menebus Rebat Tol PLUSMiles di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS.


  52. Is there any expiry date for my 5% Toll rebate?
    PLUSMiles 5% Toll Rebate is valid for 12 months from the date of issuance of the Toll Rebate to the eligible members.

    Berapa lamakah tempoh sah rebat saya sekiranya saya tidak menebusnya ke kad PLUSMiles saya?
    5% Rebat Tol PLUSMiles sah untuk 12 bulan dari tarikh rebat tol dikeluarkan kepada ahli yang layak.


  53. My monthly toll usage is less than RM100, do I entitle for any other benefits?
    If your monthly toll usage is less than RM100, you can collect points rewards for every RM1 used for toll payment at PLUS*, ELITE, BKE and LINKEDUA* highways.
    RM1= 1 Points Rewards

    Penggunaan bulanan saya kurang dari RM100, apakah faedah lain yang saya boleh nikmati?
    Jika penggunaan tol bulanan anda kurang dari RM100, anda boleh mengumpul mata ganjaran untuk setiap RM1 yang digunakan untuk pembayaran tol di lebuhraya PLUS*, ELITE, BKE dan LINKEDUA*.
    RM1= 1 Mata Ganjaran


  54. What can be redeemed for the accumulated points?
    The points collected can be redeemed for FREE reload values where;
    1,000 points = RM10 Free Reload Values

    Apakah kegunaan mata ganjaran yang terkumpul?
    Mata ganjaran yang terkumpul boleh ditebus untuk Tambah Nilai PERCUMA.
    1,000 mata= RM10 Tambah Nilai Percuma


  55. Is there any expiry date for my points?
    Your points shall valid for three (3) years and the expiry is based on first in-first out on monthly basis. For example, points earned in June 2009 will expire on 31 May 2012.

    Berapa lamakah tempoh sah mata ganjaran saya sekiranya saya tidak menebusnya ke kad PLUSMiles saya?
    Mata Ganjaran PLUSMiles sah untuk tiga (3) tahun dan tarikh luput adalah berdasarkan yang mana tamat dahulu. Contoh, mata ganjaran yang dikumpul dalam bulan Jun 2009 akan luput pada 31 May 2012.


  56. Where can I redeem my Points Rewards?
    You can redeem your Points Rewards at PLUS Customer Service Centre along PLUS highways.

    Di mana saya boleh menebus Mata Ganjaran?
    Anda boleh menebus Mata Ganjaran di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS.


  57. I have reloaded my PLUSMiles Touch ‘n Go card with RM200 last month. Why I do not get the 5% toll rebate?
    You are entitled for the 5% toll rebate based on your monthly toll usage that exceeds RM100 at PLUS highways. Not by reloading the cards.

    Saya telah menambah nilai kad PLUSMiles Touch ‘n Go sebanyak RM200 pada bulan lepas. Mengapakah saya tidak dapat rebat tol 5%?
    Anda layak mendapatkan rebat tol 5% berdasarkan penggunaan tol bulanan melebihi RM100 di lebuhraya PLUS. Rebat tidak akan dikira berdasarkan jumlah tambah nilai.




  58. PLUSMiles Zing Auto Reload Card (BSN & MAYBANK) | Kad PLUSMiles Zing Tambah Nilai Automatik


  59. What is PLUSMiles Zing Auto Reload Card?
    PLUSMiles Zing Auto Reload Card is a Touch ‘n Go card with an automatic reload function linked directly to Credit Card and comes together with PLUSMiles Program Privileges, all combined in a one Zing Card.

    Apakah yang dimaksudkan dengan kad PLUSMiles Zing Tambah Nilai Automatik?
    Kad PLUSMiles Zing ialah kad Touch ‘n Go yang dilengkapi dengan fungsi tambah nilai secara automatik yang dihubungkan secara langsung dengan kad kredit.


  60. How the card works?
    The PLUSMiles Zing card automatically reloads RM100 from your Credit Card whenever the value of your Zing Card falls below RM50 at toll lanes.
    a) The card must be activated at a Touch ‘n Go lane at toll plaza during first time use.
    b) Touch the card at the Touch ‘n Go reader toll lanes
    c) Can be used with SmartTAG
    d) Auto reload can only be done at a Touch ‘n Go & SmartTAG lane at toll plaza.

    Bagaimanakah kad ini berfungsi?
    Apabila anda melalui laluan tol dan baki kad kurang dari RM50, tambah nilai nilai berjumlah RM100 akan dimasukkan secara automatik ke dalam kad dan dicaj kepada kredit kad anda.
    a) Kad mseti diaktifkan di laluan Touch ‘n Go
    b) Sentuh kad pada Touch ‘n Go 'reader' di laluan tol
    c) Boleh digunakan dengan SmartTAG
    d) Tambah nilai automatik hanya boleh dilakukan di laluan Touch ‘n Go dan laluan SmartTAG


  61. How do I apply or get more information about the PLUSMiles Zing Auto Reload Card?
    a) Contact BSN at 03-21425258 or visit www.bsn.com.my
    b) Contact Maybank at 1 300 88 6688 or visit www.maybank2u.com

    Bagaimanakah untuk memohon kad PLUSMiles Zing dan atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai kad PLUSMiles Zing?
    a) Hubungi BSN di 03-21425258 atau layari www.bsn.com.my
    b) Hubungi Maybank di 1 300 88 6688 atau layari www.maybank2u.com


  62. I'm already a Maybank Zing Card holder, am I entitled for the PLUSMiles rewards such as 5% Toll Rebate and Points Rewards?
    Yes, All Maybank Zing Card holder are entitled for the PLUSMiles rewards such as 5% Toll Rebate and Points Rewards.

    Saya merupakan pemegang kad Zing Maybank, adakah saya boleh menikmati ganjaran dan keistimewaan seperti Rebat Tol 5% dan Mata Ganjaran?
    Ya. Semua ahli Maybank Zing kad boleh menikmati keistimewaan dan ganjaran yang ditawarkan melalui Program PLUSMiles.


  63. I'm having a PLUSMiles Touch ‘n Go card and a Maybank Zing Card, can i transfer the points into one card?
    No at the moment.

    Saya mempunyai kad PLUSMiles Touch ‘n Go dan kad Zing Maybank, bolehkah saya memindahkan mata ganjaran terkumpul kepada satu kad?
    Tidak buat masa ini.




  64. AAM Support Services | Bantuan AAM


  65. How do I get breakdown assistance along PLUS highway?
    In the case of breakdown, user can call toll free PLUSLine at 1 800 88 0000 by using own handphone or Emergency Telephone (ET) to assist you along PLUS highways located every 2km for assistance. PLUSRonda will be on site approximately within 15 minutes.

    Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan di lebuhraya PLUS?
    Jika anda mengalami kerosakan kenderaan, anda boleh menghubungi talian bebas tol PLUSLine di 1 800 88 0000 menggunakan telefon bimbit sendiri atau menggunakan Telefon Kecemasan yang disediakan di setiap 2km di sepanjang lebuhraya PLUS. PLUSRonda akan tiba di tempat kejadian dalam masa 15 minit untuk membantu anda.


  66. What do I do from there onwards?
    If you have already called PLUSLine at 1 800 88 0000, PLUSRonda will be assisting only on minor repairs and towing services to the nearest toll plaza or Rest and Service Area or laybys (for Class 1 vehicles only)

    Apa yang perlu saya lakukan selepas itu?
    Jika anda telah menghubungi PLUSLine di 1 800 88 0000, PLUSRonda hanya boleh membantu anda untuk kerosakan minor dan menunda kenderaan ke plaza tol yang berdekatan atau Kawasan Rehat atau hentian sebelah (hanya untuk Kenderaan Kelas 1 sahaja)


  67. How do I get the assistance from AAM during the breakdown event?
    PLUSRonda will inform you on the AAM free towing services for the first 35km from the breakdown site. You may then consider the AAM services or request for PLUSRonda assistance to tow the vehicles till the next exit, RSA or Laybys.

    Bagaimanakah saya boleh mendapatkan khidmat tunda AAM?
    PLUSRonda akan memberitahu anda mengenai khidmat tunda percuma dari AAM untuk 35km pertama dari tempat kerosakan kenderaan. Anda boleh membuat pilihan untuk mendapatkan khidmat AAM atau PLUSRonda untuk menunda kenderaan anda ke plaza tol berdekatan, kawasan rehat atau hentian sebelah yang berdekatan.


  68. Is the service free?
    The towing and minor service is free for the first 35 km from the site of breakdown which is calculated on a two (2) way basis. i.e : From premises to location of vehicle to destination and return to premises (Premises is the service vehicle base/ workshop)

    Adakah perkhidmatan ini percuma?
    Perkhidmatan menunda dan kerja-kerja baik pulih kecil-kecilan adalah percuma untuk 35km pertama dari tempat kejadian ke premis. (Premis ialah tempat membaik-pulih/ bengkel)


  69. Is the service only applicable for PLUSMiles & AAM members only?
    No, this service is applicable for all class 1 and class 4 vehicles and not necessarily PLUSMiles and AAM member. However, you will be offered for PLUSMiles and AAM membership during the breakdown.

    Adakah perkhidmatan ini hanya untuk ahli-ahli PLUSMiles dan AAM?
    Perkhidmatan ini akan diberikan kepada semua kenderaan Kelas 1 (kenderaan penumpang) DAN Kelas 4 walaupun mereka bukan ahli PLUSMiles atau AAM. Walaubagaimanapun, keahlian PLUSMiles dan AAM akan ditawarkan kepada anda pada masa itu.


  70. How to be assured if we are not overcharged?
    AAM 's coverage area is 35km radius from their offices in major states . As for the out of reach areas, the panel workshops are strategically located within the same or lesser radius. The nearest recovery vehicle will be sent to meet the customer within 20 minutes turnaround time whereby the charges will follow the stipulated table charges by AAM.

    Bagaimana untuk memastikan saya tidak dikenakan bayaran berlebihan?
    Radius liputan AAM di semua negeri utama, dari premis ke tempat kejadian, adalah dalam lingkungan 35km. Bengkel panel di lokasi strategik dalam radius yang sama akan menghulurkan bantuan dalam masa 20 minit sekiranya tempat kejadian terletak di luar liputan dan bayaran akan dikenakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh AAM.


  71. If I would like to arrange recovery on my own, will that be possible?
    This service is provided exclusively for the motorist and for the safety of all. As the immobilized car causes obstruction it may cause an accident therefore PLUSRONDA or AAM / the appointed panel workshop will assist only upon customers consent.

    Mungkinkah saya mendapat layanan pilihan sendiri?
    Perkhidmatan ini akan diberikan kepada semua kenderaan demi keselamatan pengguna lebuhraya. Kereta yang tidak dapat bergerak mungkin menyebabkan kemalangan. Oleh kerana itu, bantuan PLUSRonda dan AAM hanya akan dihulurkan selepas mendapat persetujuan dari pelanggan.


  72. How do I make the payment?
    All transactions are cash unless credit facility is available. No other modes are accepted.

    Bagaimana membuat pembayaran?
    Semua transaksi hendaklah dibayar dengan wang tunai kecuali kemudahan kredit tersedia. Tiada cara pembayaran lain akan diterima.


  73. Is there a receipt provided?
    Yes , AAM and its appointed panel will issue an official receipt.

    Adakah resit akan dikeluarkan?
    Ya. AAM dan panel lantikannya akan mengeluarkan resit rasmi.


  74. Is there a cancellation fee in the event that the service is being called off?
    Yes there will be a minimum charge based on the distance the recovery vehicle has travelled.

    Adakah sebarang bayaran akan dikenakan jika membuat pembatalan perkhidmatan selepas panggilan?
    Ya. Bayaran minima akan dikenakan tertakluk kepada jarak perjalanan kenderaan pemulihan yang dihantar.


  75. How do I identify if the service rendered by the non-authorized party?
    As for AAM their patrolmen are in blue uniform and service vehicles are yellow in color. The panel workshop can be identified by the special tag and sticker on their recovery vehicle.

    Bagaimana mengenalpasti samada yang memberi bantuan itu adalah pihak yang diberi kuasa?
    Pegawai rondaan AAM beruniform biru dan kenderaan mereka berwarna kuning. Bengkel panel juga dapat dikenalpasti dengan tag istimewa dan pelekat kenderaan mereka.


  76. May I cancel or transfer the AAM membership after service being rendered?
    You may cancel the membership however there will be no refund .AAM membership is not transferrable.

    Bolehkah saya batalkan dan tukarkan milik keahlian AAM selepas mendapat perkhidmatan?
    Anda boleh batalkan keahlian AAM tetapi tiada pembayaran balik akan diberi. Keahlian AAM tidak boleh ditukar milik.


  77. Why is there an activation fee for AAM membership in the table charges?
    The service charges are being protected and the panel workshop appointment is through AAM therefore all PLUS highways users will be protected from unscrupulous service providers.

    Mengapa terdapat kos pengaktifan bagi keahliaan AAM selepas mendapat perkhidmatan?
    Semua caj-caj perkhidmatan akan dilindungi dan bengkel panel juga dilantik melalui AAM. Oleh kerana itu, semua penguna lebuhraya PLUS dapat dilindungi dari pembekal perkhidmatan yang berniat tidak baik.


  78. What is the benefit of the AAM membership?
    The card holder will enjoy free breakdown & towing services and claim reimbursement up to RM 200*.

    Apakah manfaat-manfaat keahlian AAM?
    Pemegang kad dapat menikmati perkhidmatan baik pulih dan penundaan percuma serta tuntutan pembayaran balik sehingga RM200*.




  79. PLUSMiles Petron Miles Points Conversion | Penukaran Mata Ganjaran PLUSMiles Petron Miles


  80. How do I convert Petron Miles Points to PLUSMiles Points Rewards?
    a) Get the Petron Miles Redemption Form at the selected Petron stations
    b) Send the completed forms to the selected Petron stations or fax to 03-2161 8233 or send the forms to
    Petron Miles
    Customer Service Centre
    PO Box 13388
    50808 Kuala Lumpur.

    Bagaimana saya boleh menukar Mata Ganjaran Petron Miles kepada mata ganjaran PLUSMiles?
    a) Ambil Borang Penebusan Petron Miles di Stesen Petron yang terpilih
    b) Borang yang telah lengkap di isi boleh di hantar ke Stesen Petron atau Faks ke: 03-2161 8233 atau hantarkan Borang Penebusan Petron Miles ke:
    Petron Miles
    Customer Service Centre
    PO Box 13388
    50808 Kuala Lumpur.


  81. What is the point's exchange rate?
    a) Minimum of 500 Petron Miles points required to be converted to PLUSMiles points
    b) Every points conversion comes in a minimum of 1 block (500 points)

    Berapakah kadar pemindahan mata ganjaran?
    a) Anda memerlukan minimum 500 mata ganjaran Petron Miles untuk ditukar kepada mata ganjaran PLUSMiles.
    b) Pemindahan mata ganjaran Petron Miles kepada mata ganjaran PLUSMiles hanya boleh dilakukan pada setiap blok sebanyak 500 mata ganjaran.


  82. How long does it take to do the points conversion from Petron Miles points to PLUSMiles points?
    It will take up to 4 to 6 weeks.

    Berapa lamakah masa yang diambil untuk menukar Mata Ganjaran Petron Miles kepada mata ganjaran PLUSMiles?
    Masa yang diambil untuk proses pemindahan mata ganjaran Petron Miles kepada mata ganjaran PLUSMiles adalah selama 4-6 minggu


  83. How can I register for Petron Miles card member?
    a) Get the Petron Miles card application form at any Petron stations
    b) Fill in the particular details and submit the form to the Petron stations
    c) Membership is free and you can start using the Petron Miles card on the spot

    Bagaimana cara untuk mendaftar sebagai ahli Kad Petron Miles?
    a) Dapatkan borang permohonan Kad Petron Miles daripada mana-mana perkhidmatan Stesen Petron;
    b) Isi kan butiran peribadi anda dan serahkan borang tersebut kepada kakitangan perkhidmatan stesen;
    c) Adalah dimaklumkan bahawa Keahlian Petron Miles adalah PERCUMA dan Kad Petron Miles boleh digunakan serta-merta untuk mengumpul mata ganjaran.


  84. How can I check the Petron Miles card point's balance?
    a) Your Petron Miles points will be printed at the receipt for each transaction held at any Petron stations
    b) You can also check with the station staff to check for your Petron Miles points
    c) Alternatively, you may also call Petron Miles Customer Service Centre at 1 300 888 812

    Bagaimanakah cara untuk menyemak baki Mata Ganjaran Petron Miles?
    a) Baki Mata Ganjaran Petron Miles anda akan dicetak di bahagian bawah resit pembelian anda dengan setiap transaksi yang dibuat di mana-mana stesen servis Petron.
    b) Anda juga boleh berjumpa dengan mana-mana juruwang di stesen Petron dengan Kad Petron Miles anda untuk menyemak baki.
    c) Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi talian Perkhidmatan Pelanggan Petron Miles di 1-300-888-812, Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 5.00 petang, dan Sabtu, 9.00 pagi hingga 01:00 tengah hari.


  85. Can I exchange 1,500 Petron Miles points to PLUSMiles points at the same time?
    Yes. You can do the exchange at the same time. Points exchange can only be made for each 500 block.

    Bolehkah saya menukar 1,500 Mata Ganjaran Petron Miles ke PLUSMiles pada masa yang sama?
    Ya, anda boleh menukar 1,500 Mata Ganjaran Petron Miles kepada mata ganjaran PLUSMiles pada masa yang sama. Sila diingatkan bahawa pemindahan Mata Ganjaran Petron Miles ke dalam mata ganjaran PLUSMiles adalah mengikut setiap blok, iaitu sebanyak 500 mata.


  86. What is the difference between Flexi and Automatic point's conversion?
    a) Flexi Conversion- Petron Miles card member need to submit the Petron Miles Rewards Redemption Form each time you want to do the points conversion
    b) Auto Conversion- Petro Miles card member need to submit the form ONCE and the Petron Miles points will be converted to PLUSMiles points for every month. Auto conversion must be maintained for a minimum 6 months

    Apakah perbezaan antara pemindahan secara Flexi dan Automatik?
    a) Pemindahan Flexi ñ Ahli kad Petron Miles perlu mengemukakan Borang Penebusan Petron Miles pada bila-bila masa yang mereka mahu untuk menukar mata ganjaran Petron Miles kepada Mata ganjaran PLUSMiles.
    b) Pemindahan Automatik - Ahli kad Petron Miles hanya perlu mengemukakan borang penebusan hanya sekali dan mata ganjaran Petron Miles mereka akan dipindahkan kepada mata ganjaran PLUSMiles pada setiap bulan. Pemindahan automatik mesti dikekalkan untuk jangka masa minimum 6 bulan.


  87. How do I cancel the auto conversion?
    You will need to call Petron Miles Customer Service at 1 300 888 812.

    Bagaimanakah untuk membatalkan pemindahan mata ganjaran secara Automatik?
    Jika anda ingin membatalkan pemindahan mata ganjaran secara automatik, sila hubungi Pusat Pelanggan Petron Miles di 1-300-888-812.




  88. Reload Facility | Kemudahan Tambah Nilai


  89. Where can I reload my PLUSMiles Touch ‘n Go card?
    PLUSMiles Touch ‘n Go card users can reload their card without the RM0.50 charge only at 35 PLUS Customer Service Centres, selected reload lanes, Touch ‘n Go Spots at a selected petrol stations and CIMB ATM machines. Reload facilities that are offered by third parties are subjected to RM0.50 charges.

    Dimanakah saya boleh menambah nilai kad PLUSMiles Touch ‘n Go?
    Anda boleh menambah nilai kad tanpa caj RM0.50 di 35 Pusat Khidamat Pelanggan PLUS, lorong Tambah Nilai, Touch ‘n Go Spot di stesen minyak terpilih dan mesin ATM CIMB. Kemudahan Tambah Nilai yang ditawarkan oleh pihak ketiga akan dikenakan caj RM0.50 untuk setiap transaksi.


  90. Is there a maximum value/ limit that can be stored in the card?
    Yes. For security reason, each PLUSMiles Touch ‘n Go card can store only up to RM1500.

    Berapakah jumlah maksimum/ had tambah nilai kad PLUSMiles Touch ‘n Go?
    Jumlah maksimum/ had tambah nilai kad PLUSMiles Touch ‘n Go ialah RM1,500.


  91. ATM Reload | Tambah nilai melalui mesin ATM
  92. Where can I reload my PLUSMiles Touch ‘n Go card through ATM?
    You may reload your PLUSMiles Touch ‘n Go card at selected ATM/CDM nationwide. Currently the participating banks are Maybank, AmBank, Bank Muamalat, RHB Bank, CIMB Bank and Public Bank.

    Dimanakah boleh saya menambah nilai kad PLUSMiles Touch ‘n Go melalui mesin ATM?
    Anda boleh menambah nilai kad PLUSMiles Touch ‘n Go di beberapa mesin ATM terpilih antaranya Maybank, AmBank, Bank Muamalat, RHB Bank, CIMB Bank dan Public Bank.


  93. How do I top up or reload my PLUSMiles Touch ‘n Go card through ATM?
    a) Find an ATM with Touch ‘n Go sticker
    b) Slot in your ATM card and key-in your ATM Personal Identification Number as usual.
    c) From the main menu, select 'Touch ‘n Go' menu
    d) Follow instructions on the ATM screen.

    Bagaimanakah cara untuk menambah nilai kad PLUSMiles Touch ‘n Go melalui ATM?
    a) Cari mesin ATM yang mempunyai stiker Touch ‘n Go
    b) Masukkan kad ATM dan masukkan Nombor Identifikasi ATM
    c) Pilih Touch ‘n Go menu di laman menu utama
    d) Ikuti arahan pada skrin mesin ATM.


  94. Does the reload services at ATM operate 24 hours a day?
    It is subject to the each ATM's operating hours.

    Adakah kemudahan tambah nilai di mesin ATM beroperasi selama 24 jam?
    Ianya tertakluk kepada waktu operasi mesin ATM itu sendiri.


  95. What is the minimum reload amount?
    The minimum reload amount is RM50.00. You can reload your card from 8 (eight) denominations ranging from RM50,RM100,RM150,RM200,RM250,RM300,RM400 and RM500.

    Berapakah jumlah tambah nilai minimum yang boleh dilakukan?
    Jumlah tambah nilai minimum ialah RM50.00. Anda boleh menambah nilai bermula dari RM50,RM100,RM150,RM200,RM250,RM300,RM400 dan RM500.


  96. How do I know that my card has been reloaded?
    The screen will show your last account balance. You will be given a receipt that will print your new Touch ‘n Go balance and also your account balance.

    Bagaimanakah saya boleh memastikan kad saya telah ditambah nilai?
    Skrin ATM akan memaparkan baki kad terakhir anda, Anda akan diberi resit yang akan memaparkan baki kad terkini dan juga baki akaun.


  97. Can I cancel the reload transaction once it has been completed?
    You cannot cancel the transaction once the card has been reloaded.

    Adakah saya boleh membatalkan transaksi tambah nilai setelah proses tambah nilai dilakukan?
    Anda tidak boleh membatalkan transaksi tambah nilai setelah proses tambah nilai dilakukan.


  98. Where do I lodge a complaint if my card is not reloaded accordingly?
    You may lodge your complaint with the bank or any PLUS Customer Service Centres or call Touch ‘n Go Careline at 03-2714 8888. Please also enclosed the ATM reloads receipt with the complaint form or fax to TNGSB at 03-2714 8889 for verification. Refund will be processed within 30 days.

    Dimanakah saya boleh membuat aduan jika kad saya tidak ditambah nilai dengan secukupnya?
    Anda boleh membuat aduan melalui bank atau kunjungi Pusat Khidmat Pelanggan PLUS atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan Touch ‘n Go di 03-2714 8888 atau faks ke 03-2714 8889 untuk pengesahan. Proses pembayaran balik mengambil masa lebih kurang 30 hari.


  99. Is there any fee for ATM reload service?
    Yes. The bank charges RM0.50 for every reload transaction at ATM machine.

    Adakah sebarang caj akan dikenakan untuk tambah nilai di mesin ATM?
    Ya. RM0.50 akan dikenakan oleh bank untuk tambah nilai di mesin ATM.


  100. Can I reload my Touch ‘n Go Zing at the ATM?
    Do not reload your auto reload card manually. This will damage the auto reload mechanism in the card. Only manual card can be reloaded through ATM.

    Bolehkah saya menambah nilai kad Touch ‘n Go Zing di mesin ATM?
    Jangan menambah nilai kad Touch ‘n Go Zing secara manual. Ini akan mengakibatkan mekanisme tambah nilai automatik terjejas. Hanya kad biasa yang boleh ditambah nilai di mesin ATM.


  101. I'm having problem to reload my PLUSMiles Touch ‘n Go card at ATM's machine and petrol stations. Who should I contact to help me on this?
    You may call Touch ‘n Go Careline at 03-2714 8888 for assistance.

    Saya menghadapi masalah untuk menambah nilai kad PLUSMiles Touch ‘n Go di mesin ATM dan stesen minyak. Siapakah yang harus dihubungi untuk membantu saya?
    Anda boleh menelefon Pusat Khidmat Pelanggan Touch ‘n Go di 03-2714 8888 untuk bantuan.




  102. Transfer Balance | Pemindahan Baki


  103. I already have the normal Touch ‘n Go card. Can I transfer the balance into the new PLUSMiles Touch ‘n Go card?
    If you already have the normal Touch ‘n Go card and you want to transfer the balance to the new PLUSMiles card, it can only be done at PLUS Customer Service Centre. The card must be purchased at PLUS Customer Service Centre at RM10 per card.

    Saya sudah mempunyai kad Touch ‘n Go biasa. Bolehkah saya memindahkan baki wang ke dalam kad PLUSMiles Touch ‘n Go baru?
    Proses pemindahan baki wang kepada kad PLUSMiles Touch ‘n Go hanya boleh dilakukan di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS. Anda juga harus membeli kad PLUSMiles Touch ‘n Go yang baru di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS dengan harga RM10.




  104. Maximum Charged | Caj Maksimum


  105. Why am I being charged higher than what I should pay?
    Touch ‘n Go calculates the payable fare based on entry and exit information, i.e time and distance.
    When there is no information to determine the service length or distance, then a maximum charge will be imposed. This is the same when a person loses a parking/transit ticket.
    Usually, overcharged is caused by improper usage such as;
    a) Customer accidentally used two different Touch ‘n Go cards to enter and exit the Touch ‘n Go lane
    b) Customer chose cash payment by taking a transit ticket at the entry but exited with Touch ‘n Go card
    c) Customer entered and exit at the same toll plaza (illegal u-turn)
    d) Customer entry/ exit data was not captured by system due to improper way of using SmartTAG ie having a weak SmartTAG battery, travelling too fast at the SmartTAG lane and following too close from the front vehicle.

    Mengapakah kadar tol saya telah dicaj berlebihan?
    Touch ‘n Go mengira bayaran tol berdasarkan data masuk dan keluar seperti masa dan jarak.
    Apabila tiada maklumat mengenai masa dan jarak, kadar tol maksimum akan dikenakan. Ini merupakan prosedur yang sama apabila anda kehilangan tiket meletak kenderaan atau tiket transit.
    Kebiasaannya, kadar maksimum ini berlaku apabila;
    a) Pengguna secara tidak sengaja menggunakan 2 kad Touch ‘n Go berlainan untuk memasuki dan keluar lorong Toucg 'n Go
    b) Pengguna telah mengambil tiket transit di laluan masuk dan menggunakan kad Touch ‘n Go untuk keluar
    c) Pengguna memasuki dan keluar di tol plaza yang sama (pusingan u-turn yang tidak dibenarkan)
    d) Data masuk/ keluar pengguna tidak dikesan oleh sistem disebabkan penggunaan SmartTAG yang tidak betul seperti bateri SmartTAG yang lemah, memandu terlalu laju di laluan SmartTAG dan mengekori kenderaan hadapan dengan sangat hampir.


  106. What do I do when I have been overcharged?
    Please fill in complaint form 'Aduan Caj Berlebihan' (ACB) at any PLUS Customer Service Centre. You may also contact Touch ‘n Go Careline at 03-2714 8888 or email at careline@touchngo.com.my

    Apakah yang patut dilakukan apabila kadar tol saya telah dicaj secara berlebihan?
    Sila isikan borang aduan 'Aduan Caj Berlebihan' (ACB) di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan PLUS. Anda boleh juga menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Touch ‘n Go di 03-2714 8888 atau email kepada careline@touchngo.com.my


  107. Does TNGSB refund the overcharged amount to customer?
    Refund would be made on case-to-case basis, depending on approval from the relevant toll operators/ service providers.

    Adakah Touch ‘n Go akan memulangkan caj lebihan kepada pengguna?
    Pemulangan akan dibuat berdasarkan kes setelah mendapatkan persetujuan daripada operator tol/ penyedia perkhidmatan.


  108. How long would it take to get my refund?
    It usually takes around 30 days.

    Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mendapat semula pemulangan wang?
    Ia akan mengambil masa lebih kurang 30 hari.




  109. Lost Card | Kehilangan Kad


  110. What should I do if I lost my PLUSMiles Touch ‘n Go card?
    a) Identify your PLUSMiles Touch ‘n Go Serial / Mfg Card Number ( you may login to www.plusmiles.com.my or call PLUSLine 1 800 88 0000 to acquire your PLUSMiles Touch ‘n Go serial number / MFG number)
    b) Contact Touch ‘n Go Careline at 03-2714 8888 to cancel your card or visit any PLUS Customer Service Centre to cancel the card
    c) Purchase a new card* at Customer Service Centre and inform our Customer Service Assistants to link your new card number with the lost card. *subject to card price RM10.00

    Apakah yang harus saya lakukan jika kehilangan kad PLUSMiles Touch ‘n Go?
    a) Kenalpasti Nombor Siri / Nombor Mfg kad PLUSMiles Touch ‘n Go (anda boleh melayari laman sesawang PLUSMiles di www.plusmiles.com.my atau hubungi PLUSLine di 1 800 88 0000 untuk mendapatkan nombor siri/MFG.
    b) Hubungi Touch ‘n Go Careline di 03-27148888 untuk membatalkan kad atau kunjungi Pusat Khidmat Pelanggan PLUS untuk membatalkan kad.
    c) Membeli kad PLUSMiles baru* di Pusat Khidmat Pelanggan dan beritahu Pembantu Khidmat Pelanggan kami untuk menghubungkan nombor kad PLUSMiles yang baru dengan kad yang hilang. *tertakluk kepada RM10 harga kad.


  111. What happened to the card balance? Can I get refund?
    You may get the card balance as long as you have reported the case to Touch ‘n Go Careline at 03-2714 8888 for them to block or cancel the card. RM10 for processing fee will be deducted from card balance. The card balance will be sent via cheque to your correspondence address.

    Bagaimanakah mengenai baki kad saya? Bolehkah saya mendapatkannya kembali?
    Anda boleh mendapatkan baki kad sekiranya anda telah memaklumkan kepada Touch ‘n Go Careline di 03-2714 8888 untuk membatalkan kad. RM10 akan ditolak dari baki kad untuk yuran pemprosesan. Baki kad akan dihantar melalui cek ke alamat pengguna.


  112. Note:
    Only Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB) can terminate the cards.

    Nota:
    Pembatalan kad hanya boleh dilakukan oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd


  113. Can I get my previous toll rebate and points if my card is missing or stolen?
    You will have to purchase new PLUSMiles card* at any PLUS Customer Service Centre and inform our Customer Service Assistant to link the new card (replacement function) to your existing profile. * subject to RM10 card price.

    Bolehkah saya mendapatkan semula rebat tol dan mata ganjaran jika kad saya telah hilang atau dicuri?
    Anda mesti membeli kad* PLUSMiles baru di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan PLUS dan maklumkan kepada Pembantu Khidmat Pelanggan untuk menghubungkan kad baru ke profil lama*.Tertakluk kepada harga kad RM10.


  114. After the replacement process, when can I redeem the toll rebate and points?
    You may redeem the rebate and points immediately after linking to old card process done by our Customer Service Assistant.

    Bilakah saya boleh menebus rebat dan mata ganjaran selepas proses penggantian?
    Anda boleh menebus rebat tol dan mata ganjaran selepas proses menghubungkan kad baru dengan kad lama dibuat oleh Pembantu Khidmat Pelanggan.


  115. I have found my PLUSMiles card as I misplaced it. Can I use the same PLUSMiles card for toll transactions as I have lodged a report to Touch ‘n Go Sdn Bhd to block the card?
    No. You will not be able to use the misplaced card after a report were lodged to Touch ‘n Go to block the card.

    Saya telah menjumpai semula kad PLUSMiles kerana saya telah tersalah letak kad tersebut. Bolehkah saya menggunakan kad PLUSMiles saya kerana saya juga telah memaklumkan kepada Touch ‘n Go untuk penamatan kad tersebut?
    Tidak. Anda tidak boleh menggunakan kad PLUSMiles yang telah dijumpai semula kerana proses penamatan kad telah dilakukan oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd.




  116. Faulty Card | Kad bermasalah


  117. My PLUSMiles Touch'n Go card is not functioning. Why?
    This is probably caused by faulty electronic chip embedded in the card.

    Kad PLUSMiles Touch ‘n Go saya tidak berfungsi. Mengapa?
    Ini mungkin disebabkan kerosakan cip di dalam kad.


  118. What should 1 do if my card is not functioning?
    You may surrender the card to any PLUS Customer Service Centre along PLUS highways.

    Apakah yang perlu dilakukan jika kad saya tidak berfungsi?
    Sila serahkan kad anda kepada Pembantu Khidmat Pelanggan PLUS.


  119. If my physical card condition is good but the card is faulty, is there a fee to get a replacement card?
    If the card is readable, under warranty and you are the registered owner of the card in the system, an immediate replacement will be given without any additional fee.

    Jika keadaan fizikal kad masih baik tapi kad tidak berfungsi, adakah sebarang bayaran dikenakan untuk kad gantian?
    Jika kad masih boleh dibaca oleh sistem, masih dalam tempoh jaminan dan anda pengguna yang berdaftar seperti di dalam sistem, kad gantian akan diberikan tanpa bayaran.


  120. Am I eligible for a replacement card since I cannot utilize it elsewhere?
    Yes. You are eligible to get replacement card if you are the owner of the card.

    Adakah saya boleh memohon untuk kad gantian?
    Ya. Anda boleh memohon kad gantian jika anda merupakan pemilik kepada kad tersebut.




  121. Damaged Card | Kerosakan Kad


  122. What should I do if my PLUSMiles Touch ‘n Go card is damaged?
    You may surrender the PLUSMiles card at any PLUS Customer Service Centre.

    Apakah yang perlu dilakukan jika kad saya rosak?
    Sila bawa kad tersebut ke mana-mana Pusat Pelanggan PLUS.


  123. How long does it take to replace my faulty card?
    If the card is NOT readable at POS system, your card will be replaced by TNGSB within 14 (fourteen) days.

    Berapa lamakah boleh saya dapatkan kad gantian?
    Jika kad TIDAK boleh dibaca di POS sistem, proses penukaran kad akan dilakukan oleh TNGSB dan akan mengambil masa selama 14 (empat belas) hari.


  124. Is there a fee to replace my card if its physical condition is bad?
    If the faulty card is physically not in a good condition, an additional of RM10 for card price will be charged for replacement card.

    Adakah bayaran akan dikenakan untuk kad gantian jika keadaan fizikal kad tidak baik?
    Jika keadaan fizikal kad tidak baik, bayaran RM10 akan dikenakan.




  125. Dormant Card | Kad Tidak Aktif


  126. What is the definition of Dormant or Inactive Touch ‘n Go card?
    An inactive card is defined as a card which has not had and Card Transactions by way of Add Value Transaction or which has not had any utilisation of its pre-paid balances with any Service Providers for a consecutive period of 12 months.

    Apakah yang dimaksudkan dengan kad tidak aktif?
    Kad tidak aktif bermaksud kad yang tidak mempunyai sebarang transaksi sama ada dari segi menambah nilai kad atau penggunaan baki kad dengan mana-mana Pembekal Perkhidmatan dalam jangka masa 12 bulan.


  127. How can I prevent my PLUSMiles Touch ‘n Go card from being dormant?
    You will have to use or reload your card once in a year to avoid the card from being dormant.

    Bagaimanakah caranya untuk memastikan kad PLUSMiles Touch ‘n Go saya sentiasa aktif?
    Anda perlu menggunakan atau menambah nilai kad anda sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk memastikan kad sentiasa aktif.


  128. What should I do if my Touch ‘n Go card has been deactivated?
    Please visit PLUS Customer Service Centre to surrender your card and get back your unutilised card balance (subject to the TNGSB terms and conditions)

    Apakah yang saya perlu lakukan jika kad Touch ‘n Go saya menjadi tidak aktif?
    Sila lawati Pusat Khidmat Pelanggan PLUS untuk menyerahkan kad anda dan mendapatkan baki kad (tertakluk kepada Terma dan Syarat TNGSB)




  129. Card Termination | Penamatan Kad


  130. I want to terminate my PLUSMiles Touch ‘n Go card. What should I do?
    If you want to terminate your PLUSMiles Touch ‘n Go card, you will need to visit any PLUS Customer Service Centre to fill in the 'Aduan Penggunaan' form. Processing fees of RM5 will be deducted from card balance. Card balance will be sent via cheque within 30 days.

    Saya mahu menamatkan kad PLUSMiles Touch ‘n Go saya. Bagaimana caranya?
    Sila kunjungi Pusat Khidmat Pelanggan PLUS untuk mengisi 'Borang Aduan'. Yuran pemprosesan sebanyak RM5.00 akan ditolak dari nilai baki kad. Baki kad akan dihantar melalui cek dalam masa 30 hari.




  131. List of PLUS Customer Service Centre | Senarai Pusat Khidmat Pelanggan PLUS


  132. Operation Hours : 7.30am - 7.30pm, Monday to Sunday (including public holidays)
    Waktu Operasi : 7.30 pagi - 7.30 malam, Isnin hingga Ahad (termasuk cuti umum)
    click here


In the event of any discrepancy or conflict of information and promotion materials between the printed copy and PLUSMiles Portal version, the information and promotion materials contained in the portal shall be treated as the updated version and prevail.
*Refer to PLUSMiles portal at www.plusmiles.com.my for Terms and Conditions.

Customer Service Centres

Visit our Customer Service Centres here.